Sunday 2 April 2017

AKTIF DAN LOG IN ID MURID

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Posting kali ini saya akan ajarkan cara-cara untuk murid aktifkan ID dalam Frog Vle dan seterusnya menjawab soalan yang telah diberikan oleh guru.

Sila masuk ke link https://bba0034.1bestarinet.net untuk log in ID anda.



Bagi yang kali pertama login, sila masukkan ID seperti dalam kad.

Selepas anda memasukkan ID dan Password kemudian tekan butang Login, anda akan lihat paparan seperti dibawah.


Sila pilih bahasa,

Kemudian tick (I accept the Frog Acceptable Use Agreement & Personal Data Protection Policy)

Kemudian tekan Accept


Anda boleh baca cara-cara mengunakan Frog Vle dengan menekan butang Next.

Kemudian tekan butang (x) di atas sebelah kanan untuk memadamkan cara-cara penggunaan.

Tahniah! anda sudah mengaktifkan Frog ID anda.



Anda juga boleh menukarkan Password anda. Sila ikut langkah dibawah.



 Tekan gambar Frog disebelah kiri Destop anda.

Pilih My Preferences.

Kemudian anda akan lihat paparan seperti di bawah.



Tekan Change Password.

Masukkan Password sedia ada.

Masukkan Password baru.

Sila ingat atau tulis Password baru anda!



Cara melihat dan menjawab Assigment yang telah diberikan oleh guru



Untuk melihat dan menjawab Assigment yang telah diberikan oleh guru, sila klik Quick Launch (lambang petir) seperti di atas.

Anda akan lihat menu di dalam Frog Vle.

Pilih menu Assigment.
 



Setelah itu anda akan dipaparkan dengan paparan seperti di atas.

Anda perlu menjawab semua Assigment yang telah diberikan oleh guru kamu dengan menekan Assigment Name contoh (TAJUK : TAMBAH) seperti di atas.


Setelah itu, akan keluar paparan seperti di atas.

Sila tekan Lauch Quiz untuk menjawab soalan.



Contoh soalan yang anda akan lihat.

Untuk menjawab, sila tekan di tempat jawapan yang anda pilih

Kemudian tekan Check Answer.



Setelah anda menekan Lauch Quiz, paparan ini akan keluar.

Untuk FrogPlay, setiap murid hanya dibekalkan Kredit sebanyak 600 Kredit.

Anda boleh Unlock mana-mana mainan yang anda suka dengan menggunakan 200 Kredit untuk satu permainan dan anda boleh gunakan untuk menjawab semua Assigment.

Tekan di Lambang Kunci untuk unlock.

Anda boleh mula menjawab. Selepas menjawab anda dibenarkan bermain permainan yang anda pilih.


Setelah menjawab semua soalan, markah anda dipaparkan seperti ini.

kemudian sila tekan Complete Assigment umtuk menghantar kepada guru.

Tahniah! anda telah menjawab soalan yang telah diberikan oleh guru.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment