Wednesday 5 April 2017

Assign Assignment Dari FrogPlay Quizzes

Assign Assignment Dari FrogPlay Quizzes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya nak kongsikan cara gunakan Quizzes yang sedia ada dalam FrogPlay.

Dengan hanya 3 minit! anda boleh menghantar Assignment kepada murid anda dengan gunakan cara seperti yang saya akan ajarkan di bawah.


1- Tekan FrogDrive 

2- Tekan Quizzes

3- Tekan FrogPlay Quizzes

4- Tekan butang seperti di atas

5- Pilih Form (untuk Sekolah Kebangsaan pilih D)

6- Pilih Subject (Subjek teras)

7- Tekan butang Filter


8- Pilih Quiz yang anda perlukan, kemudian anda tekan sehingga Quiz tersebut seperti di atas.

9- Tekan butang Setting 

10- Tekan Assign




Anda isi semua yang diperlukan seperti yang biasa anda gunakan untuk Quiz biasa.

Tara.... 3 minit sudah siap!!

Sekian, terima kasih

Sunday 2 April 2017

AKTIF DAN LOG IN ID MURID

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Posting kali ini saya akan ajarkan cara-cara untuk murid aktifkan ID dalam Frog Vle dan seterusnya menjawab soalan yang telah diberikan oleh guru.

Sila masuk ke link https://bba0034.1bestarinet.net untuk log in ID anda.



Bagi yang kali pertama login, sila masukkan ID seperti dalam kad.

Selepas anda memasukkan ID dan Password kemudian tekan butang Login, anda akan lihat paparan seperti dibawah.


Sila pilih bahasa,

Kemudian tick (I accept the Frog Acceptable Use Agreement & Personal Data Protection Policy)

Kemudian tekan Accept


Anda boleh baca cara-cara mengunakan Frog Vle dengan menekan butang Next.

Kemudian tekan butang (x) di atas sebelah kanan untuk memadamkan cara-cara penggunaan.

Tahniah! anda sudah mengaktifkan Frog ID anda.



Anda juga boleh menukarkan Password anda. Sila ikut langkah dibawah.



 Tekan gambar Frog disebelah kiri Destop anda.

Pilih My Preferences.

Kemudian anda akan lihat paparan seperti di bawah.



Tekan Change Password.

Masukkan Password sedia ada.

Masukkan Password baru.

Sila ingat atau tulis Password baru anda!



Cara melihat dan menjawab Assigment yang telah diberikan oleh guru



Untuk melihat dan menjawab Assigment yang telah diberikan oleh guru, sila klik Quick Launch (lambang petir) seperti di atas.

Anda akan lihat menu di dalam Frog Vle.

Pilih menu Assigment.
 



Setelah itu anda akan dipaparkan dengan paparan seperti di atas.

Anda perlu menjawab semua Assigment yang telah diberikan oleh guru kamu dengan menekan Assigment Name contoh (TAJUK : TAMBAH) seperti di atas.


Setelah itu, akan keluar paparan seperti di atas.

Sila tekan Lauch Quiz untuk menjawab soalan.



Contoh soalan yang anda akan lihat.

Untuk menjawab, sila tekan di tempat jawapan yang anda pilih

Kemudian tekan Check Answer.



Setelah anda menekan Lauch Quiz, paparan ini akan keluar.

Untuk FrogPlay, setiap murid hanya dibekalkan Kredit sebanyak 600 Kredit.

Anda boleh Unlock mana-mana mainan yang anda suka dengan menggunakan 200 Kredit untuk satu permainan dan anda boleh gunakan untuk menjawab semua Assigment.

Tekan di Lambang Kunci untuk unlock.

Anda boleh mula menjawab. Selepas menjawab anda dibenarkan bermain permainan yang anda pilih.


Setelah menjawab semua soalan, markah anda dipaparkan seperti ini.

kemudian sila tekan Complete Assigment umtuk menghantar kepada guru.

Tahniah! anda telah menjawab soalan yang telah diberikan oleh guru.

Sekian, terima kasih.

Monday 27 March 2017

Buat Quizzes & Assign

 Buat Quizzes & Assign

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di dalam blog ini saya akan kongsikan cara-cara membuat Quizzes dan untuk di Assign kepada murid di dalam Frog VLE.




1. Klik pada FrogDrive

2. Klik Quizzes 

3. Klik New Quiz



4. Isi perkara yang perlu di dalam kotak merah. dicadangkan untuk menggunakan quiz name seperti TAJUK : (NAMA TAJUK) seperti diatas.

5. kemudian klik Next





Pilih mana-mana bentuk soalan yang berminat. Tidak digalakkan untuk menggunakan Free Text kerana semakan jawapan agak ketat.

Untuk rujukan, di bawah ini saya menggunakan bentuk soalan Multiple Choice bagi memudahkan murid menjawab dalam masa yang singkat.


6. Taip soalan.

7. Sila pastikan anda klik butang jawapan yang betul untuk tujuan semakan automatik.

8. Kemudian klik Save Question (SETIAP SOALAN PERLU DI SAVE)

Kemudian anda akan dipaparkan paparan seperti di bawah.


9. Untuk soalan seterusnya, anda boleh memilih soalan dalam bentuk yang lain dari soalan sebelumnya.

Setelah siap ke semua soalan kuiz anda, pastikan akan klik Save & Close.

Setelah itu, kuiz anda telah di simpan.

Kita telah selesai menyiapkan satu kuiz, kemudian kita perlu menghantarkan (assign) kuiz yang telah siap di bina kepada murid.

Sila ikuti langkah dibawah untuk menghantar Assigment kepada murid.


1. Kembali ke FrogDrive

2. Klik Quizzes dan kemudian My Quizzes

Klik di tajuk yang telah siap di bina tadi. Anda akan lihat perkataan Un-Published

 3. Klik pada setting

 4. klik pada Publish

Pastikan perkataan Un Published bertukar kepada publish

5. Klik semula di Setting kemudian klik Assign


Kemudian anda akan dipaparkan paparan seperti di bawah.


6. Klik pada Add People 

Tuliskan nama kelas seperti D4-CEMERLANG

Setelah keluar Group D4-CEMERLANG sila klik seperti di atas.

7. Kemudian klik Next




8. Isikan tarikh mula tugasan

9. Isikan tarikh akhir tugasan

10. Klik Assign

TAHNIAH!... ANDA TELAH SELESAI MEMBERIKAN TUGASAN KEPADA MURID

MAKLUMKAN KEPADA MURID SUPAYA MENYIAPKAN TUGASAN.

DAN CIKGU BOLEH MENYEMAK MARKAH MURID DENGAN MENGGUNAKAN TALIFON PINTAR YES YANG TELAH DIBEKALKAN. 

Di bawah ini adalah contoh semakan automatik dari Frog Assigment di dalam talifon Yes.


Sekian, Terima Kasih.

Team Gempak Vle Frog Sktsa

Thursday 23 March 2017

Team Gempak Vle Frog SKTSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post pertama ini kami memperkenalkan Team Gempak Vle Frog SKTSA 2017.

Dengan harapan dengan adanya team ini akan dapat mecapai hasrat #melompatkebintang #semarakvlefrogppdklang.


Team Gempak Vle Frog SKTSA




Penasihat                             :           Tn. Haji Nor Azmi bin Rahmat (Guru Besar)
Pengerusi                            :           Pn. Che Norlia binti Ismail (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1                :           Pn. Fitra Dilla binti Abdul Halim (PK Hal Ehwal Murid)
Naib pengerusi 2                 :           En. Ahmad Saiful Bahri b Hj. Haidar (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3                 :           Pn. Bebe Fatimah binti M. Abdullah
Penyelaras Bestari              :           En. Kamarul Azmie bin A. Rashid
Penyelaras Frog Vle            :           En. Nor Adli Syahri bin Ab Kadir

JURULATIH UTAMA

1. Cik Noor Aidilfitriyatun binti Mohd Taib

2. Puan Farida Rena binti Ridzwan Ash

Guru-guru GEMPAK VLE FROG


1. En. Zam Zuhdi bin Musa

2. En. Najhan Hakim bin Nasirdin

3. Pn. Nor Fatin bin Abd Mokhsin

4. En. Shadzwan bin Mohd Adnan

5. En. Norizal bin Ismail

6. Pn. Sri Devi a/p Dalasubramaniam

7. En. Mohd Amirun bin Hamzah

8. Pn. Nadhirah binti Hanif Salihuddin

9. Pn. Zainabun binti Ismail

10. Pn. Zalharina binti Sairan

11. Pn. Muslihati binti Kotdiran